Tuesday, January 24

Corak kehidupan

hidup ini takkan selamanya seindah yang kita harapkan
semudah yang kita semua impikan
sesenang yang kita semua inginkan
kerana kehidupan bukan hanya kehidupan

kita berhak mencorak kehidupan
tapi bagaimana?
apa caranya?
warnailah kanvas putih yang luas terbentang

hidup ini telalu hebat dugaan
cekal dan tabah berhadapan
hanya itu kunci kekuatan
yang menjadi tunjang kebangkitan

hidup harus sentiasa bangkit
lupakan segala perit
sembuhkan hati yang sakit
jangan biar dada berasa sempit terhimpit

hidup ini mudah
jangan buatnya terlalu susah
ikuti alunannya
kita akan jumpa destinasi kita