kadang-kadang kau terlalu bangga mendabik dada. kau tak sedar akan keadaan sekeliling. hayatilah sekalian alam ini kerana ia takkan kekal selamanya. jangan terlalu taksub mengejar harta kekayaan. kekayaan takkan kekal selamanya.malah bisa ditarik dalam sekelip mata sahaja!
Kau lupa akan kawan-kawanmu! kau terlalu taksub dengan harta sehingga kau abaikan mereka. mereka sahabat kau yang kau kenal. susah senang ditempuh itu janji bersama. mana janji kamu? andai janjimu itu dituntut oleh mereka yang kau pernah berjanji sehidup semati? kamu harus malu dengan diri sendiri.
orang yang tidak menunaikan janji orang munafik bukan? jangan kau jadi salah seorang daripada mereka!
kau mahu jadi kejam? HAHA! jangan kejam dengan sahabatmu sendiri! kamu masih ingat siapa mengesat airmatamu saat kamu gagal peperiksaan? YA! tangan sahabatmu itu. mulutnya itu. mulut yang tak henti-henti memberi nasihat. bahu itu. bahu yang dia pinjamkan untuk kamu saat kau menangis. pelukan itu. pelukan hangat yang diberikan saat kau berasa terancam. dipeluk kamu persis seorang ibu! air mata yang dia tumpahkan untukmu! mampu kau bayar semua itu? ya kau tak mampu. tapi kenapa kau berlagak seperti kau bisa mengganti itu semua? kau terlalu ego! EGO kau memusnahkan sebuah persahabatan yang dibina sejak kau belajar mengenal ABC malah dia yang membantu kamu mengenal 123!
Tapi mana mereka semua? mereka lari? mengapa? mereka lari dari engkau kerana kau terlalu silap menilai mereka! kau lupakan semua mereka-mereka itu kerana harta yang biasa datang dan pergi kapan saja! kau alpa akan siapa yang memberimu semua harta itu! DIA yang diatas sana! tapi kau berjaya dengan berkat doa siapa? doa mereka yang kau tinggalkan itu.
Sekarang kau hanya sendiri. ditinggalkan meratapi sepi. mengisi kekosongan hati yang pasti takkan terisi. kau hanya mampu menangisi. menangisi setiap kenangan yang ditinggal mereka! menangislah selagi kau mampu dan selagi kau belum dijemput tuhan :)
REGRETS